Monday, November 30, 2009

Kali ke 2

Salam Sejahtera
Setelah Program Jati Diri kali Pertama berjalan dengan lancar dan jayanya. Dengan sokongan padu dari rakan-rakan dan para peserta. Maka SMARTS sekali lagi menganjurkan program Jati Diri buat kali kedua pada

Tarikh : 21 - 23 Disember 09
Hari: Sabtu - Isnin

Antara pengisian Program Jati Diri ini:-
1. Menimba ilmu pengetahuan
2. Menekan aspek kerohanian seperti solat berjemaah dan kuliah magrib dan subuh
3. Kepimpinan
4. Kerjasama berpasukan melalui greak kerja kumpulan
5. Latihan seperti mendaki gunung dan aktiviti luar.
6. Sesi ramah mesra dengan kenalan baru.

Daftar Segera!!
Tempat Adalah Terhad!!
First Come First Serve!!

Thursday, October 8, 2009

Program Kem Motivasi, Asas Solat & Beladiri

Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera

Sempena cuti persekolahan yang bakal menjelma lebih kurang sebulan ini. Dengan sukacitanya pihak SMARTS mengajak para remaja dan adik-adik supaya dapat

1. Mengisi masa lapang dengan lebih bermanafaat
2. Mencari seberapa banyak pengalaman
3. Mendapat seberapa banyak kenalan
4. Mencungkil bakat dalam diri
5. Meluaskan pandangan
6. Mencari suasana baru
7. Mencari ilmu baru
8. Membuka minda
9. Menghilangkan kebosanan
10. Mempraktikan apa yang dipelajari.
11. Dll

Dengan ini SMARTS dengan sukacitanya sebagai memenuhi kewajiban sosial mengajak para remaja dan adik-adik menyertai progam-program anjuran SMARTS sempena musim cuti sekolah ini. Sila klik pamplet dibawah untuk paparan yang lebih jelas. Terima Kasih.

Daftar Segera!!
Tempat Adalah Terhad!!
First Come First Serve!!

Friday, July 24, 2009

Aktiviti SMARTS dan cawangan baru!!

Keratan Akbar Sinar
Bermula dari bulan April 2009, Sentosa Martial Arts School atau lebih dikenali dengan SMARTS telah melaksanakan beberapa aktiviti yang melibatkan ahli2 SMARTS, masyarakat setempat dan juga ahli2 Taekwondo dari gabungan DTA, Pertama, Excel dan lain2 lagi.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

Bergambar di Dojang lama....

19-Jan

Ujian Kenaikan t/pinggang Taekwondo ke-1

19-Apr

Ujian Kenaikan T/pinggang Taekwondo ke-2 yang melibatkan seramai 12 pelatih t/pinggang putih.

16-May

Menyertai program Karnibal Belia Bukit Sentosa - SMARTS bersama PERTAMA telah bergabung untuk Demonstrasi Taekwondo sempena majlis penutup.

1-Jun
Perkelahan di Teluk Nipah, Pulau Pangkor dan seramai 44 orang peserta mengikuti program ini.


21-Jun
Menyaksikan Kejohanan MGTF peringkat Kebangsaan di Shah Alam

19-July

Ujian Kenaikan T/Pinggang Taekwondo ke-3 melibatkan seramai 40 pelatih termasuk 2 pelatih wanita ke peringkat t/pinggang hitam.


16-Aug (akan datang)
Kejohanan Taekwondo Tertutup SMARTS sempena Program Bulan Kemerdekaan anjuran Belia Bukit Sentosa. SMARTS terlibat dalam menjayakan salah satu dari pelbagai program yang dianjurkan.

Insyallah berkat doa ahli2, rakan2, ibubapa serta tuan guru2 sekian SMARTS akan melangkah setapak lagi dengan membuka cawangan baru di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Kini, kami dalam proses membaik-pulih kedai tersebut dan dijangkakan akan beroperasi selepas Ramadhan. Amin!

Monday, April 20, 2009

Lanjutan Dari Diet Taekwon-do

Salam World

Lanjutan dari Diet Taewon-do dari blog SirN, saya ingin melanjutkan apa yang ditulis oleh SirN tentang kemajuan penurunan berat badan dicapai oleh para pelatih Adult Executive Program (AE). Apa yang diperhatikan pelatih AE ini begitu tekun untuk menjalani latihan walaupun bersendirian. Kesungguhan mereka membuahkan hasil yang pertama. Iaitu penurunan berat badan. Ada dikalangan para pelatih ini menjalani latihan di SMARTS hingga 4 - 6 kali seminggu. Bahkan para pelatih ini sendiri berlatih di Dojang SMARTS walaupun tanpa kehadiran SirN dan Jurulatih yang lain. Pinjam kunci dan berlatih sendiri, tahniah di ucapkan atas kesungguhan anda. Jurulatih yang ada pun kadang kala ter'off' latihan dalam seminggu.

Alangkah bagus jika semangat demikian ada di setiap kalangan pelatih Taekwon-do amnya dan pelatih SMARTS khususnya, terutama bagi adik-adik dan para remaja yang menyertai kelas SMARTS. Alangkah bagus lagi jika semangat demikian kekal hingga sampai bila-bila. Bila anda membesar dan menjadi jurulatih kelak, displin dan gaya latihan yang lasak yang diterapkan oleh SirN dan jurulatih dapat diturunkan ke generasi yang akan datang.

Mungkin jurulatih agak 'melampau' dalam latihan dengan mengarahkan tekan tubi gaya jurulatih berkenaan sebanyak 100-200x, kemudian disambung dengan drill berulang-ulang kali. Sudahlah ada pelatih baru dalam program AE ini. Kemudian disuruh membuat tekan tubinya 100-200x. Mujur SirN yang baik hati (jurulatih itu tak baik hati kots? hihi) mengatakan buat hanya yang termampu. Mujur juga pelatih berkenaan tidak tumbang. Hasilnya, nah berpeluh sakan dibuatnya. Alhamdullilah, jurulatih berkenaan berlatih bersama membuat tekan tubi berkenaan.

Hasil pertama iaitu penurunan berat badan dapat dicapai dalam masa tidak sampai 5 bulan, Jika kita meneruskan latihan dengan kesungguhan yang sedia ada, kita boleh bayangkan apa yang bentuk badan dan berat dalam masa setahun atau sesudah mendapat talipinggang hitam kelak.

Adios.

Tuesday, April 14, 2009

Sambutan Perkhemahan di Pulau Pangkor

Seperti yang sedia maklum, SMARTS akan menganjurkan perkhemahan Taekwondo di Pulau Pangkor pada 30 - May hingga 1 Jun 2009 (3 hari 2 malam). Borang penyertaan telah dikeluarkan secara rasmi dan hingga kini mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga pihak SMARTS terpaksa menghadkan penyertaan.

Setakat ini 6 sekeluarga dan 12 penyertaan individu yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai program ini.
Lihat gambar chalet yang telah ditempah ... menarikkan?!

Saturday, April 11, 2009

1st Buletin Smarts 1/2009


SMARTS telah mengeluarkan buletin pertamanya untuk sessi 2009 bagi pelatih2nya. Semoga dengan terbitnya buletin ini akan memberikan manafaat kepada pelatih2 untuk mengetahui tentang sejarah Taekwondo, Smarts (DTA Sentosa), teknik-teknik, aktiviti yang lalu mahupun akan datang serta ruangan penghargaan untuk pelatih2nya.
Buletin ini akan dikeluarkan setiap 3 bulan dibawah kendalian ustaz Azim (PedangRaja) .. he he he ...
Semoga memberi manafaat kepada pelatih2 Smarts. Insyallah

Wednesday, April 1, 2009

Monday, March 30, 2009

Bagus Betul Pelatih SMARTS!

Salam World

Alhamdullilah setelah hampir 4 bulan beroperasi SMARTS menerima pelatih baru samada dikalangan dewasa, remaja dan anak-anak. Syukur dipanjatkan lagi sekali kerana SMARTS juga mendapat dan menerima pelatih dari kaum Cina dan India. Selamat Datang Ke SMARTS!

Para jurulatih di SMARTS ini memang mempunyai kemahuan memberi dan mengajar kepada para pelatih 100% supaya para pelatih mendapat atau 'ganas' seperti jurulatih SMARTS. Ini menyebabkan kadang kala para jurulatih memberi latihan yang 'agak' kasar dan berat. Latihan berbentuk latih tubi sampai teknik kaki diulang hingga 30-40 kali hanya untuk 1 teknik memang membuatkan pelatih berpeluh dan nampak penat walaupun latihan baru sahaja diadakan dalam 30minit.

Tambahan pula dengan kelas dewasa dimana jurulatihnya sejak kebelakangan ini suka dengan gaya tekan tubinya tanpa henti 100 kali. Jurulatih lain yang mengikutnya pun hanya mencecah 60 atau 80 kali sahaja. Itu pun jurulatih berkenaan mahu meningkatkan hingga 150 kali pada latihan yang akan datang. Mungkin kali yang lain 200 kali. Kemudian dengan latihan ala-ala pergaduhan sebenar yang sememangnya kasar. Pukul-pukulan yang terlepas itu memang tidak perlu di cakapkanlah. Waduh... Waduh.... Mau bikin kami jadi apa pak?.. Mungkin Jurulatih berkenaan mendapat ilham setelah lama betapa di atas langit kots?.. hihi

Walaubagaimana pun latihan yang diberikan oleh jurulatih samada dari SMARTS sendiri atau dari luar seprti Sir Adam atau Sir Din, para pelatih dengan sedaya upaya berusaha mengikutnya. Yang paling penting sekali mereka tidak mengeluh walaupun betapa lencunnya baju selepas itu. Brovo! Bravo! Tahniah diucapkan!!

Latihan sebegini bukanlah bermakna jurulatih mahu mendera pelatih tetapi jurulatih menginginkan supaya para pelatih ini menjadi lebih hebat dari jurulatih SMARTS di masa akan datang. Supaya para pelatih keluar sebagai pelatih yang berkualiti dan yang tahan lasak.

Adios!

Sunday, March 22, 2009

Lawatan dan Latihan bersama Sir Adam

Pada hari Sabtu 21 March 2009, kami telah menerima kunjungan dari Sir Adam. Kami amat berbesar hati dengan kesediaan beliau untuk melatih serta memberi tunjuk ajar kepada pelatih2 SMARTS.

Dengan gaya latihan yang dirasakan 'baru' bagi pelatih2, kelihatan mereka dapat menyesuaikan diri serta amat bergembira sekali. Ternyata latihan pada hari tersebut memberi kesan yang mendalam kepada pelatih2 sehingga ada yang bertanya tentang kehadiran Sir Adam di masa akan datang. Insyallah kami di pihak Smarts akan terus menjemput Sir Adam serta jurulatih2 Taekwondo untuk memberi tunjuk ajar.

Sir Adam telah menyampaikan cenderahati untuk Dojang Smarts membuatkan kami amat terharu di atas ingatan beliau. Semoga di masa hadapan kami akan berpeluang untuk berbuat demikian juga.
Sekalung penghargaan dan jutaan terimakasih dari kami di SMARTS buat Sir Adam dan diharap Sir Adam dapat melawat kami lagi.

Ini dari blog Sir Adam tentang lawatannya ke SMARTS.

Monday, March 16, 2009

... rentetan dari Woman Self Defense

Salam

Secara tidak rasmi, Smarts sudah memulakan promosi bagi kelas Woman Self Defense dengan mengkabarkan buat teman2 serta pelatih2.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dimana sekurang2nya 7 orang telah menyatakan keinginan untuk mengikuti program ini.

Berkonsepkan kepada senaman, kecergasan serta bela diri, Smarts akan mengadakan latihan Woman Self Defense sebanyak 2x seminggu iaitu hari Sabtu dan Ahad pagi bermula April ini.

Sekian dimaklumkan.

Wednesday, March 11, 2009

Women Self Defense class...

Malam tadi telah diadakan kelas dewasa (Adult/ Executive Program) atas permintaan pelatih2. Alhamdulilah hampir kesemua pelatih telah menghadirkan diri (7 pelatih). Insyallah jika ada kelapangan kelas hari Selasa akan diteruskan dan buat masa ini "based on last minute confirmation".

Atas permintaan yang berterusan dari wanita, pihak Smarts telah bercadang untuk memulakan kelas Wanita "Women Self Defense" bermula bulan April 2009. Masa yang dicadangkan adalah pada hari Sabtu 8.00 pagi selama 1 1/2 jam.

Smarts juga ingin menwar-warkan kepada jurulatih wanita yang berminat untuk melatih dan membantu semasa latihan agar dapat menghubungi kami.

Monday, March 9, 2009

Kelas Pertama Sri Integrasi Al-Amin

Dimaklumkan Kelab Taekwondo Sri Integrasi Al-Amin telah memulakan latihan pertamanya pada hari Jumaat 6 March 2009 jam 4.00 petang. Seramai 22 pelatih telah mendaftar dan hadir pada sessi latihan tersebut.

Kelas ini akan dibimbing oleh Ustaz Saiful Khazimi (Ustaz Azim) yang juga merupakan Mualim di sekolah tersebut. Kelab Taekwondo Al-Amin merupakan salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum sekolah ini.
Sebanyak 27 sessi latihan telah ditetapkan bagi tahun 2009 dan ujian kenaikan talipinggang sekali yang masanya akan ditetapkan kemudian. SMARTS juga membuka ruang bagi pelatih2 Al-Amin untuk meneruskan latihan di SMARTS dojang.
Terlupa nak adjust tarikh pada kamera.

Tuesday, March 3, 2009

Gambar Kenangan

Salam World

Alhamdullilah SMARTS mendapat pelatih baru samada untuk Adult Executif (AE) dan Kid Development Program (KDP). Dapat juga rakan baru dan boleh berkenal-kenal diantara satu sama lain.
Pada 21 Febuari yang lepas, latihan bersama dengan Pak Jupri diteruskan dengan penambahan gerakan olah nafas. Walaupun agak kekok pada mulanya tetapi pelatih berjaya juga mengikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Pak Jupri.

Untuk makluman tuan-tuan walaupun Pak Jupri dari aliran Seni Silat Sendeng, tetapi gaya persilatannya adalah berbeza dengan Seni Silat Sendeng yang ada di Malaysia. Silat Sendeng di Malaysia ini kedudukannya kekudanya sendiri yang Sendeng atau "Walking Stance" tetapi kedudukan dada mengadap "Side Facing" (Jika salah sila betulkan). Banyak juga aliran sendeng di Malaysia seperti Sendeng Asli Muar, Sendeng Malaysia, Sendeng 2 Beradik dll. Sedangkan Sendeng dibawah aliran Pak Jupri berasal dari gerakkan haiwan seperti Ular, Harimau dan Helang dan di olah mengikut kesesuaian tubuh manusia. Tambahan lagi Sendeng dibawah aliran Pak Jupri ini menekankan gerakkan olah nafas yang membantu membangkitkan tenaga dalaman dalam tubuh.
Walaubagaimanapun latihan dengan Pak Jupri ini HANYA untuk AE sahaja. Latihannya juga bukanlah bersifat kekal, hanya semasa kehadiran Pak Jupri yang kebetulan cuti sebulan di Malaysia. Kami hanya ingin berkongsi dengan Pak Jupri yang pernah melatih anggota TNI. Untuk pelatih KDP, kami tidak membenarkan mengikuti latihan AE kerana kelasakkan dan kemungkinan besar pelatih tidak dapat mengawal tenaga ketika latihan di AE. Para Pelatih Kid Program hanya mengikuti latihan Taekwon-do sahaja. Latihan untuk AE ini lebih kepada senaman, kecergasan dan beladiri jalanan tetapi latihan Taekwon-do juga tidak di tinggalkan.

Adios.

Mesyuarat SMARTS

Mesyuarat SMARTS akan diadakan pada:

Tarikh: 3 March 2009
Masa: 915 p.m.
Tempat: Anjung

Untuk makluman.

Monday, February 16, 2009

Kelas 13 Febuari 09 - Pak Guru Jupri Ali

Salam World

Pertama sekali Selamat Datang dan Terima Kasih atas kesudian Pak Guru Jupri Ali dari Pemalang, Indonesia yang sanngup meluangkan masa untuk menunjuk dan berkongsi ilmu dengan para pelatih SMARTS.

Alhamdullilah kehadiran Para Pelatih pada kelas 13 Febuari 09 yang lepas mengalakkan ditambah dengan kesudian Pak Guru Jupri berkongsi skillnya. Kelas dimulakan dengan pengenalan Pak Guru Jupri Ali yang pernah mengajar pasukan TNI, pasukan keselamatan dan juri IPSI. Selesai sesi pengenalan, sesi diteruskan dengan aksi pemanasan badan oleh Saudara Ariffin, kemudian diambil semula oleh Pak Guru Jupri Ali. Pak Guru Jupri menunjukkan pergerakan asas perguruan beliau dan beliau menyatakan bahawa kehadirannya disini untuk berkongsi ilmu. Latihan pergerakan yang ditunjukan bersama dengan olah nafas. Beliau menjelaskan bahawa latihan ini adalah bertujuan untuk membangkitkan tenaga 'kanuragan' dalam diri. Sememangnya gaya orang lama, Pak Guru Jupri mengulainginya 3 kali sahaj pun sudah cukup menampakkan peluh keluar di dahi beliau. Sesi diulangi beberapa kali dan sudah tentu para pelatih yang hadir mengikut dahulu langkah dahulu atau dalam kata lain hafal langkah dahulu. Pak Guru Jupri juga menunjukkan beberapa teknik beladiri perguruan beliau.

Selepas rehat Pak Guru Jupri memberi laluan supaya kelas beladiri dijalankan seperti biasa, oleh kerana kehadiran orang lama dan bertaraf guru ini, jurulatih yang melatih pada ketika itu berasa kekok akibat keseganan jurulatih terhadap Pak Guru Jupri. Walaubagaimana pun latihan tetap berjalan seperti biasa. Kelas diakhiri oleh Pak Guru Jupri dengan mengulangi latihan pergerakkan berserta olahnafasnya.

Insyallah Kelas kedua bersama Pak Guru Jupri Ali akan diadakan pada Jumaat ini 20 Febuari 09. Semua dijemput hadir. Terima Kasih.

Wednesday, February 11, 2009

Kelas Sendeng oleh Pak Guru Jupri Ali

SMARTS amat berbesar hati menyambut kedatangan Pak Guru Jupri Ali dari Pemalang, Jawa Tengah yang sedang bercuti lebih kurang sebulan di Malaysia untuk memberi sedikit tunjuk ajar dalam seni mempertahankan diri. Pak Jupri telah menyatakan persetujuannya berkongsi ilmu bersama SMARTS.

Pak Jupri, 58 tahun merupakan pencen guru di Jawa Tengah yang masa lapangnya dihabiskan dengan mengajar Seni Silat Sendeng. Di tempat kelahirannya, Pak Jupri ini memang disegani dan dikenali ramai. Beliau merupakan 'orang lama' dalam bidang Persilatan dan Beladiri di Indonesia. Disamping itu, Pak Jupri juga mengamal perubatan tradisional atau lebih dikenali dengan gelaran 'paranormal' di Indonesia.

Dengan ini SMARTS berbesar hati menjemput tuan-tuan semua untuk datang dan merasa 'buah tangan' dari guru lama ini. Orang lama ini banyak petua dan pengalaman. Kita dapat satu dua buah atau teknik beladiri pun alhamdullilah. Ambil berkat kata orang tua.
Sesiapa yang berminat, kelas akan diadakan pada hari Jumaat 9.15 mlm - 10.45 mlm. Bermula pada Jumaat minggu ini 13 Febuari 09, selama sekurang-kurangnya 4 kali, iaitu sebulan atau 4 kali latihan pada setiap hari Jumaat.
Tiada bayaran tetap dikenakan cuma sekadar sumbangan ikhlas dari para peserta dialu-alukan.

Semua Di Jemput Hadir!

Tuesday, February 10, 2009

Sedikit Info mengenai Adult/ Executive Program

Salam World

Di SMARTS selain menjalankan program untuk anak-anak di kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, SMARTS juga menjalankan program untuk Adult/Executive atau Kelas untuk orang dewasa. Cuma corak latihan untuk untuk Adult/Executive ini agak berbeza dari program untuk anak-anak. Perbezaan yang ketara adalah:-

1. Latihan lebih kepada pergaduhan jalanan atau 'street fighting'. Walau bagaimanapun latihan yang kerap dan berulang-ulang diadakan bagi memantapkan dan melancarkan pergerakkan anggota badan.

2. Latihan kemahiran untuk menghidupkan bahagian kiri dan kanan dilakukan sekali. Kebiasaan orang hanya mahir pada angota kanan jika sememangnya mereka menggunakan bahagian kanan. Begitu juga dengan orang kidal. Tetapi di SMARTS latihan kemahiran menggunakan anggota kiri dan kanan di jalankan.

3. Latihan ketahanan untuk kelasakan badan. Ada peserta yang mengatakan bahawa latihan seperti ini jika dilakukan Insyallah akan turun berat badan dalam 3 atau 4 kg.

4. Kami sememangnya target selapas 4 atau 5 bulan para pelatih dapat menggunakan kaedah yang diajar atau dilatih apabila berhadapan dengan situasi sebenar.

5. Teknik yang diajar adalah mudah dan efektif. Malah ada dikalangan pelatih mengatakan bahawa teknik dalam latihan ini tidak boleh di ajarkan kepada anak-anak. Sebab itu teknik-teknik beladiri ini diajar kepada orang dewasa kerana orang dewasa sedikit sebanyak tahu bagaimana untuk mengawal tenaga dalam aplikasi teknik jika dibandingkan dengan anak-anak.

6. Teknik-teknik yang diajar atau dilatih adalah gabungan beberapa seni beladiri lain juga. Latihan gabungan teknik kaki dan tangan juga amat ditekankan.

7. Dari segi senaman, acapkali jurulatih menggabungkan senaman yang moden dan senaman Melayu lama. Antaranya, pelbagai gaya latihan tekantubi diajar bagi menguatkan sendi-sendi dan baik untuk badan.

8. Latihan Pernafasan juga diadakan.

9. Corak latihan semasa sesi pemanasan badan juga agak berbeza dari minggu ke minggu bagi mendedahkan betapa kaya dan banyaknya khazanah latihan orang Malaysia.

10. Alhamdullilah dengan Adult/ Executive Programme ini dapat juga rakan-rakan baru.

Jadi kami  berbesar hati menjemput warga Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa untuk bersama berlatih dan mengeluarkan peluh disamping mempelajari teknik-teknik beladiri. Kami juga merancang untuk mengadakan kelas Beladiri untuk wanita dalam waktu terdekat. Insyallah.

Jumpa Anda Di Sana!!

Adios

Monday, February 9, 2009

Tiga pelatih baru mendaftar...


Alhamdulillah, Sentosa Martial Arts School (SMARTS) menambahkah 3 ahli2 baru. Yang menariknya kali ini adalah terdiri dari semua bangsa... India, Cina dan Melayu. 2 dari mereka mengikuti Taekwondo Program dan seorang Adult Program.
Sokongan dari penduduk2 Bukit Sentosa amatlah menggalakkan. Terima kasih diucapkan.

Wednesday, February 4, 2009

Official Invitation for DTA Tournament

Dimaklumkan bahawa DTA akan menganjurkan satu Kejohanan Taekwon-Do Jemputan Bawah 16 tahun pada:

Tarikh : 29/3/2009 (Ahad)
Masa : 8.00pg ~ 7.00ptg
Tempat : Tingkat 40 (Bilik Rekreasi)
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
Penyertaan adalah terbuka kepada semua persatuan, kelab dari WTF, ITF dan GTF. Hanya peserta 16 tahun kebawah sahaja yg dibenarkan bertanding.
Kategori yang akan dipertandingkan ialah Bawah 9 thn, Bawah 12 thn dan bawah 16 thn untuk acara lelaki dan perempuan, individu dan berkumpulan.
Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli remaja TKD untuk menguji keupayaan mereka dan juga untuk menyemarakkan lagi dunia Taekwon-Do di Malaysia ni.

P/s:
Baru dapat maklumat... may be acara Jurulatih yang berumur atas 30thn akan diadakan. Keep fit SirN!

Tuesday, February 3, 2009

DTA Tournament below 16 yrs at PNB

Got sms from Sharifudin Mamat ...

Tournament DTA below 16 yrs (Tadika, Below 12 & Below 16) on 29th March 2009 at PNB.
For those who are interested to join this tournament, please contact Sharifudin for details.

Thanks.

Sunday, February 1, 2009

Pelatih-pelatih baru...

Alhamdulillah walaupun baru sebulan beroperasi di Dojang baru, Smarts telah berjaya mendapat 12 orang pelatih baru (9 talipinggang putih) dan kebanyakkan mereka berumur dari 8 - 12 tahun. Minggu ini sahaja seramai 5 pelatih baru telah mendaftar.
Gambar-gambar diatas menunjukkan Dojang kami yang berkarpet biru. Cantik kan?! Datanglah beramai-ramai menziarah. Pekikan dari para pelatih bermula pada Jumaat malam dan berakhir pada Ahad petang telah sedikit sebanyak menarik beberapa penyertaan baru.
Moga berjaya dari Smarts!

Thursday, January 29, 2009

Smarts Signage

Welcome to Sentosa Martial Arts School Dojang...

Our weekly program for Kids is on Saturday and Sunday (8 am and 5pm). This program is based on MGTF syllabus for training and grading evaluation.

Our weekly program for Adult/ Executive Class is on Friday night at 9pm. The objective of this class is more towards exercise while learning self defense technique.

We also conduct seminar, tournament and motivation camp e.g, preparation for UPSR, PMR, Kemahiran Hidup etc. Our motivator is from AhadanCoach with more than 10 years experience in the motivation training.

Monday, January 26, 2009

Sepeninggalan Sir Noordin

Salam World!!

Sepanjang ketiadaan Sir Noordin, Kelas berjalan dengan lancar dan seperti biasa. Sir Nooordin sempat juga SMS kepada semua Jurulatih nya supaya menjaga dojang seperti ketika beliau ada. Untuk kelas dewasa, latihan berat tidak dilakukan seperti minggu yang lepas, hanya latihan teknik dan latihan latihtubi atau drill dijalankan. Latihan berat pada minggu yang lepas bukanlah berat sangat dalam erti sebenar. Cuma jurulatih pada ketika itu menekankan tekantubi berulang kali dengan pelbagai gaya, bagi menguatkan otot-otot tangan, kaki, lengan dan bahu. Menyebabkan ada semua pelatih termasuk jurulatih sendiri merasa 'berat' dan sakit-sakit badan pada esok harinya. Bahkan rasa 'berat' dan sakit-sakit badan itu bertahan sehingga 4 atau 5 hari.

Untuk latihan Taekwon-do itu hari Sabtu, Kelas dimulakan dengan warming up seperti biasa dan kemudian dipecahkan untuk beberapa kumpulan. Cuma untuk senior, latihan kecergasan ditekankan dan latihan seperti "akrobatik" diadakan. Sesi penerangan untuk demo dan pertunjukan untuk 6 Febuari 09 juga di ambil oleh Ustaz Azim.

Pada hari Ahad, latihan untuk demo & pertunjukan untuk 6 Febuari 09 di adakan dan dikawal selia oleh Ustaz Azim.

Adios

Wednesday, January 21, 2009

Perbincangan ...

Beberapa agenda dibincangkan bersama Ustaz Azim dan Sdr Ariff...

1. Ustaz Azim akan mengalih tugas sepanjang ketiadaan saya dibantu oleh Sdr Arif dan Sdr Ariffin. Sdr Ariffin akan mengetuai sessi latihan terutamanya kelas dewasa.

2. Perancangan untuk menambahkan pelatih seramai 30 untuk Kids program dan 10 dewasa untuk Adulf program. Target hingga March 2009.

3. Majlis Ramah Mesra tentatif 6hb atau 13hb February 2009 yang lebih berkonsepkan berkenalan dengan ibubapa/penjaga serta memperkenalan Dojang baru. Program yang dirancang antaranya majlis doa selamat, ucapan dari jurulatih dan ibubapa, demonstrasi dan makan2.

Sekian dimaklumkan.

Monday, January 19, 2009

Grading Test

18 January 2009 10 am ~ 2 pm

Kami telah menjalankan grading pertama kami di Dojang baru. Seramai 15 pelatih telah menduduki ujian kenaikan talipinggang. Pemeriksa yang bertanggungjawap adalah Sir Sharifudin Mamat 5th DAN dari Dins Taekwondo Academy.

Alhamdulillah semua pelatih telah menunjukkan prestasi terbaik serta amat berdisiplin. Kesemua pelatih telah lulus dan seramai 3 pelatih telah berjaya mendapat Double Promotion. Seorang pelatih telah menarik diri atas sebab kesihatan.

Latihan senior juga dijalankan di bawah sir Sharifudin.

Sunday, January 11, 2009

Secara rasminya Smarts Dojang...

Secara rasminya, Sentosa Martial Arts School (SMARTS) telah beroperasi di tempat baru. Smarts menerima pelatih2 baru seramai 4 orang (Kids Program) dan 2 orang dewasa (Adult Class).

Kelas latihan telah dibahagi kepada sessi pagi dan petang dimana pelatih2 diberi kelonggaran untuk memilih iaitu 8.00 am dan 515 pm.

Terima kasih atas sumbangan dari En. Karim iaitu Treadmill untuk kegunaan pelatih2.

Wednesday, January 7, 2009

Pengumuman Grading Test

Smarts Taekwondo Grading Test

Date : 18th January 2009
Time : 10 a.m.
Venue : New Dojang (Jln Bunga Kertas)

Rakan-Rakan, Para Pelatih, Ibubapa dan sesiapa yang berminat dengan segala HORMATnya di dijemput hadir.

Sunday, January 4, 2009

1st day kelas kat Dojang aku...

Hari ni 1st day kelas Taekwondo aku di Dojang baru...

Kebetulan ramai lak pulak yang hadir ...may be semangat tahun baru dan Dojang baru!! Alhamdulillah walaupun plan aku untuk pasang karpet, lampu dan kipas tergendala namun kehadiran yang ramai membuatkan aku rasa amat terharu.

Insyallah perancangan tersebut akan terlaksana sebelum Grading Test 18hb Jan ini termasuk dengan alatan2 training yang aku tempah dari OMAS. Yang paling mengharukan, Dojang baru byang aku sangkakan luas terasa lah sempitnya ... ramai gak students aku.

Terimakasih atas ucapan tahniah dari rakan2 seperjuangan dan students ku ... tanpa kalian siapalah aku!

Thursday, January 1, 2009

Happy 2009

Kami Mengucapkan Kepada Semua Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.