Monday, March 30, 2009

Bagus Betul Pelatih SMARTS!

Salam World

Alhamdullilah setelah hampir 4 bulan beroperasi SMARTS menerima pelatih baru samada dikalangan dewasa, remaja dan anak-anak. Syukur dipanjatkan lagi sekali kerana SMARTS juga mendapat dan menerima pelatih dari kaum Cina dan India. Selamat Datang Ke SMARTS!

Para jurulatih di SMARTS ini memang mempunyai kemahuan memberi dan mengajar kepada para pelatih 100% supaya para pelatih mendapat atau 'ganas' seperti jurulatih SMARTS. Ini menyebabkan kadang kala para jurulatih memberi latihan yang 'agak' kasar dan berat. Latihan berbentuk latih tubi sampai teknik kaki diulang hingga 30-40 kali hanya untuk 1 teknik memang membuatkan pelatih berpeluh dan nampak penat walaupun latihan baru sahaja diadakan dalam 30minit.

Tambahan pula dengan kelas dewasa dimana jurulatihnya sejak kebelakangan ini suka dengan gaya tekan tubinya tanpa henti 100 kali. Jurulatih lain yang mengikutnya pun hanya mencecah 60 atau 80 kali sahaja. Itu pun jurulatih berkenaan mahu meningkatkan hingga 150 kali pada latihan yang akan datang. Mungkin kali yang lain 200 kali. Kemudian dengan latihan ala-ala pergaduhan sebenar yang sememangnya kasar. Pukul-pukulan yang terlepas itu memang tidak perlu di cakapkanlah. Waduh... Waduh.... Mau bikin kami jadi apa pak?.. Mungkin Jurulatih berkenaan mendapat ilham setelah lama betapa di atas langit kots?.. hihi

Walaubagaimana pun latihan yang diberikan oleh jurulatih samada dari SMARTS sendiri atau dari luar seprti Sir Adam atau Sir Din, para pelatih dengan sedaya upaya berusaha mengikutnya. Yang paling penting sekali mereka tidak mengeluh walaupun betapa lencunnya baju selepas itu. Brovo! Bravo! Tahniah diucapkan!!

Latihan sebegini bukanlah bermakna jurulatih mahu mendera pelatih tetapi jurulatih menginginkan supaya para pelatih ini menjadi lebih hebat dari jurulatih SMARTS di masa akan datang. Supaya para pelatih keluar sebagai pelatih yang berkualiti dan yang tahan lasak.

Adios!

Sunday, March 22, 2009

Lawatan dan Latihan bersama Sir Adam

Pada hari Sabtu 21 March 2009, kami telah menerima kunjungan dari Sir Adam. Kami amat berbesar hati dengan kesediaan beliau untuk melatih serta memberi tunjuk ajar kepada pelatih2 SMARTS.

Dengan gaya latihan yang dirasakan 'baru' bagi pelatih2, kelihatan mereka dapat menyesuaikan diri serta amat bergembira sekali. Ternyata latihan pada hari tersebut memberi kesan yang mendalam kepada pelatih2 sehingga ada yang bertanya tentang kehadiran Sir Adam di masa akan datang. Insyallah kami di pihak Smarts akan terus menjemput Sir Adam serta jurulatih2 Taekwondo untuk memberi tunjuk ajar.

Sir Adam telah menyampaikan cenderahati untuk Dojang Smarts membuatkan kami amat terharu di atas ingatan beliau. Semoga di masa hadapan kami akan berpeluang untuk berbuat demikian juga.
Sekalung penghargaan dan jutaan terimakasih dari kami di SMARTS buat Sir Adam dan diharap Sir Adam dapat melawat kami lagi.

Ini dari blog Sir Adam tentang lawatannya ke SMARTS.

Monday, March 16, 2009

... rentetan dari Woman Self Defense

Salam

Secara tidak rasmi, Smarts sudah memulakan promosi bagi kelas Woman Self Defense dengan mengkabarkan buat teman2 serta pelatih2.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dimana sekurang2nya 7 orang telah menyatakan keinginan untuk mengikuti program ini.

Berkonsepkan kepada senaman, kecergasan serta bela diri, Smarts akan mengadakan latihan Woman Self Defense sebanyak 2x seminggu iaitu hari Sabtu dan Ahad pagi bermula April ini.

Sekian dimaklumkan.

Wednesday, March 11, 2009

Women Self Defense class...

Malam tadi telah diadakan kelas dewasa (Adult/ Executive Program) atas permintaan pelatih2. Alhamdulilah hampir kesemua pelatih telah menghadirkan diri (7 pelatih). Insyallah jika ada kelapangan kelas hari Selasa akan diteruskan dan buat masa ini "based on last minute confirmation".

Atas permintaan yang berterusan dari wanita, pihak Smarts telah bercadang untuk memulakan kelas Wanita "Women Self Defense" bermula bulan April 2009. Masa yang dicadangkan adalah pada hari Sabtu 8.00 pagi selama 1 1/2 jam.

Smarts juga ingin menwar-warkan kepada jurulatih wanita yang berminat untuk melatih dan membantu semasa latihan agar dapat menghubungi kami.

Monday, March 9, 2009

Kelas Pertama Sri Integrasi Al-Amin

Dimaklumkan Kelab Taekwondo Sri Integrasi Al-Amin telah memulakan latihan pertamanya pada hari Jumaat 6 March 2009 jam 4.00 petang. Seramai 22 pelatih telah mendaftar dan hadir pada sessi latihan tersebut.

Kelas ini akan dibimbing oleh Ustaz Saiful Khazimi (Ustaz Azim) yang juga merupakan Mualim di sekolah tersebut. Kelab Taekwondo Al-Amin merupakan salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum sekolah ini.
Sebanyak 27 sessi latihan telah ditetapkan bagi tahun 2009 dan ujian kenaikan talipinggang sekali yang masanya akan ditetapkan kemudian. SMARTS juga membuka ruang bagi pelatih2 Al-Amin untuk meneruskan latihan di SMARTS dojang.
Terlupa nak adjust tarikh pada kamera.

Tuesday, March 3, 2009

Gambar Kenangan

Salam World

Alhamdullilah SMARTS mendapat pelatih baru samada untuk Adult Executif (AE) dan Kid Development Program (KDP). Dapat juga rakan baru dan boleh berkenal-kenal diantara satu sama lain.
Pada 21 Febuari yang lepas, latihan bersama dengan Pak Jupri diteruskan dengan penambahan gerakan olah nafas. Walaupun agak kekok pada mulanya tetapi pelatih berjaya juga mengikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Pak Jupri.

Untuk makluman tuan-tuan walaupun Pak Jupri dari aliran Seni Silat Sendeng, tetapi gaya persilatannya adalah berbeza dengan Seni Silat Sendeng yang ada di Malaysia. Silat Sendeng di Malaysia ini kedudukannya kekudanya sendiri yang Sendeng atau "Walking Stance" tetapi kedudukan dada mengadap "Side Facing" (Jika salah sila betulkan). Banyak juga aliran sendeng di Malaysia seperti Sendeng Asli Muar, Sendeng Malaysia, Sendeng 2 Beradik dll. Sedangkan Sendeng dibawah aliran Pak Jupri berasal dari gerakkan haiwan seperti Ular, Harimau dan Helang dan di olah mengikut kesesuaian tubuh manusia. Tambahan lagi Sendeng dibawah aliran Pak Jupri ini menekankan gerakkan olah nafas yang membantu membangkitkan tenaga dalaman dalam tubuh.
Walaubagaimanapun latihan dengan Pak Jupri ini HANYA untuk AE sahaja. Latihannya juga bukanlah bersifat kekal, hanya semasa kehadiran Pak Jupri yang kebetulan cuti sebulan di Malaysia. Kami hanya ingin berkongsi dengan Pak Jupri yang pernah melatih anggota TNI. Untuk pelatih KDP, kami tidak membenarkan mengikuti latihan AE kerana kelasakkan dan kemungkinan besar pelatih tidak dapat mengawal tenaga ketika latihan di AE. Para Pelatih Kid Program hanya mengikuti latihan Taekwon-do sahaja. Latihan untuk AE ini lebih kepada senaman, kecergasan dan beladiri jalanan tetapi latihan Taekwon-do juga tidak di tinggalkan.

Adios.

Mesyuarat SMARTS

Mesyuarat SMARTS akan diadakan pada:

Tarikh: 3 March 2009
Masa: 915 p.m.
Tempat: Anjung

Untuk makluman.