Di SMARTS selain menjalankan program untuk anak-anak di kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, SMARTS juga menjalankan program untuk Adult/Executive atau Kelas untuk orang dewasa. Cuma corak latihan untuk untuk Adult/Executive ini agak berbeza dari program untuk anak-anak. Perbezaan yang ketara adalah:-
1. Latihan lebih kepada pergaduhan jalanan atau 'street fighting'. Walau bagaimanapun latihan yang kerap dan berulang-ulang diadakan bagi memantapkan dan melancarkan pergerakkan anggota badan.
2. Latihan kemahiran untuk menghidupkan bahagian kiri dan kanan dilakukan sekali. Kebiasaan orang hanya mahir pada angota kanan jika sememangnya mereka menggunakan bahagian kanan. Begitu juga dengan orang kidal. Tetapi di SMARTS latihan kemahiran menggunakan anggota kiri dan kanan di jalankan.
3. Latihan ketahanan untuk kelasakan badan. Ada peserta yang mengatakan bahawa latihan seperti ini jika dilakukan Insyallah akan turun berat badan dalam 3 atau 4 kg.
4. Kami sememangnya target selapas 4 atau 5 bulan para pelatih dapat menggunakan kaedah yang diajar atau dilatih apabila berhadapan dengan situasi sebenar.
6. Teknik-teknik yang diajar atau dilatih adalah gabungan beberapa seni beladiri lain juga. Latihan gabungan teknik kaki dan tangan juga amat ditekankan.
7. Dari segi senaman, acapkali jurulatih menggabungkan senaman yang moden dan senaman Melayu lama. Antaranya, pelbagai gaya latihan tekantubi diajar bagi menguatkan sendi-sendi dan baik untuk badan.
8. Latihan Pernafasan juga diadakan.
10. Alhamdullilah dengan Adult/ Executive Programme ini dapat juga rakan-rakan baru.
Jadi kami berbesar hati menjemput warga Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa untuk bersama berlatih dan mengeluarkan peluh disamping mempelajari teknik-teknik beladiri. Kami juga merancang untuk mengadakan kelas Beladiri untuk wanita dalam waktu terdekat. Insyallah.
Jumpa Anda Di Sana!!
Adios
No comments:
Post a Comment